November 5, 2016

STRUGGLES

Cuba bayangkan satu situasi dimana kau sedang diikat dan kau nak lepas dari ikatan yang kuat tu.
Kau pasti mahu lepas punya. Kalau tak, tangan kau akan luka, berdarah dan mungkin bernanah lalu putus.

Haha ya aku tahu sedikit over. Tapi ini serious talk.

Ikatan yang kuat itu ibarat semua kejahilan yang ingin kita tinggalkan. Dan luka dan darah itu ibaratnya semua keburukan yang akan terjadi seandainya kita tak tinggalkan kejahilan tu jauh2.
Okay, now you got this right?















Dan, percaya tak?
Struggle semua orang lain-lain.

Aku bagi satu contoh.
Situasi ni umumnya ada dua golongan.
Golongan A adalah orang yang boleh makan sayur. Golongan B adalah orang yang terseksa kalau makan sayur.
Golongan A makan sayur ibarat makan KFC. Sedap sampai menjilat jari.
Golongan B pulak makan sayur macam makan batu. Tak dapat terima dan langsung tak boleh nak telan.
Kebiasaannya orang-orang akan pujuk golongan B supaya makan sayur sebab diaorang tahu sihat dan penting sayur kepada tubuh badan manusia.
Tapi kebanyakannya orang tak tahu yang golongan B ni susahnya nak makan sayur tu ibarat macam nak telan batu tadi. Lalu dipaksa-paksa dan dikutuk-kutuk golongan B kerana satu kekurangan mereka.

Yes itu struggle untuk golongan B. Kadang diaorang tahu je sayur tu sihat, tapi atas sebab-sebab tertentu diaorang tak boleh nak telan sayur.
Dan, golongan A seharusnya tahu ke-struggle-an golongan B ini supaya tidaklah terus menghukum dan dapat memahami keadaan diaorang.
Kena selalu ingat, tekak diaorang bukanlah tekak kita. Eh haha

Dan lalu, golongan B boleh terbahagi kepada dua.
Satu golongan yang tak mencuba langsung pun makan sayur tu.
Satu lagi golongan yang cuba perlahan-lahan menerima sayur dengan seadanya. Susah tapi diaorang cuba.
Golongan yang tak mencuba tak dapat apa-apa. Golongan yang satu lagi hari demi hari akan lebih sihat.

Kadang-kadang bila nampak orang lain buat sesuatu perkara yang kita dah lama buat akan menjadikan kita terkadang pandang sebelah mata je usaha mereka ni. Malah tak hargai pun. Sebab kita tak nampak struggle diaorang capai sesuatu tu.
Andainya kita yang berada di tempat orang yang struggle ni, akan masihkah kita berkata-kata buruk tentangnya? Jawapannya, tak mungkin!

Mudah untuk kita melakukan sesuatu perkara tak semestinya mudah untuk orang lain melakukan perkara yang sama.


No comments:

Post a Comment