January 29, 2016

Permusafiran Itu

Baru-baru ni aku ke Hong Kong, China travel.
Pengalaman di sana inshaAllah nanti aku kongsikan di post seterusnya. 

Cukuplah rasanya sekadar aku bagi briefing sikit tentang HK.
1. HK berada di bahagian selatan China, 
2. 3 jam perjalanan dari Beijing menaiki kapal terbang, 
dan 3 jam ke Kuala Lumpur juga menaiki kapal terbang.
3. Facebook, Instagram,Telegram,Google boleh bebas dibuka, lain dengan Beijing yang kerjanya nak menyekat semua benda huhu.
4. Ada Disneyland yeyy! 




Dan apa yang penting, travel kali ni adalah
Travel yang pertama kali aku pergi tanpa family. Tanpa cikgu. Tanpa tour guide.
Yang ada hanya Allah, sahabat dan orang asing di sekeliling.
Travel yang pertama kali membuka mata aku tentang indahnya bermusafir.
Travel yang menjadi titik perubahan aku terhadap permusafiran.
Travel yang pertama kali membuatkan aku rasa nak travel lagi dan lagi.

Sebab apa?
Sebab baru aku sedar betapa banyak lagi tempat yang belum aku terokai dan hayati.
Sebab Allah datangkan rasa dalam hati aku rasa ingin tahu dan ambik tahu.
Sebab baru betul faham dengan apa pepatah, 'Kau merancang tapi Allah adalah sebaik-baik perancang'
Sebab baru tahu apa kelebihan-kelebihan berjalan di tempat orang ni.
Haha sebab mungkin selama ni akulah yang paling malas berjalan dan bersiap.

Apa kelebihan musafir?
Haaa mai ceq habaq mai. inshaAllah

1. Doa-doanya Dimakbulkan.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya."
(Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Jadi, kumpulkan doa-doa anda. 
Tulis sebanyak mana doa yang anda ingin dimakbulkan Allah.
Rebut peluang ini!

2. Menuntut Ilmu.

“Katakanlah: mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.” (Surah ar-Rum, ayat 42)

Mengambil tahu apakah kemajuan sesebuah tempat itu, sehingga boleh diterapkan pada tempat sendiri.
Dan, mungkin juga mempraktik dan lebih memperkasa apa yang kau belajar dalam kelas mandarin apabila berkomunikasi dengan penduduk tempatan(cina). Ececeh haha.

3. Berkenalan dan bergaul dengan pelbagai manusia, bangsa dan negara.

Mungkin bilamana kau sesat dalam menuju destinasi yang dirancang, 
kau ralit bertanya kepada orang itu, orang ini, orang situ dan orang sana, 
dalam ramai-ramai akan ada seorang dua yang betul-betul mengharapkan kau akan sampai dengan erti kata benar-benar sampai,
maka disitulah bermulanya perkenalan setelah kau bergaul dengan berbagai-bagai jenis orang.

4. Dan Macam-macam Lagi Daa..

Jadinya inshaAllah cuti winter yang hanya berbaki sebulan ja lagi ni,
Allah bagi satu lagi peluang untuk kembali mencabar diri, fizikal dan mental,
Selangor-Perlis-Kedah-Pahang-Negeri9-Johor-Selangor

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

SEBAB DAH TIBA MASANYA UNTUK BANGUN DARI TIDUR YANG LENA.

No comments:

Post a Comment