October 11, 2013

Husna Amira Suka Buat Kerja Gila !

saya punyai seorang teman . namanya biarlah dirahsiakan .
kami selalu ke mana2 beriringan , kelas , prep , surau ..
sejak bila kami berkenalan , erm entah . . haha 
nak dijadikan cerita , kami seumpama dua hati satu jiwa .
apa yang dia selalu buat , saya pendokongnya .
semua yang saya buat , dia pembakar semangat . 
seronok sangat . haha
dan apa yg paling seronok bila tak ada seorang pun yang tahu . 

macam2 dah kami lakukan bersama .
tapi kebanyakannya idea asal adalah daripada saya . heee
sebagai contoh . . 

peristiwa first ;

dia : "weyh,, sedap perggh ayam goreng berempah tadi ."
saya : "tadi kembang kempis je usus aq tngok ayam goreng budak form1 tadi "
dia : "kau nak ayam lagi tak weyh?" *diiringi muka pelbagai muslihat*
dia : "ehh form1! sini jap ."
form1 : "kenape kak? "
dia : "sedap arr ayam goreng kau ni . akak nak buleh? "
form1 : huh??
saya : ah lambat ah! bak sini! 
dia : engkau, kalau kau nak stay lama kat simpang lima ni better kau jangan bagitahu sesiapa . kau fikir aku tak tahu yang kau dating hari tu kat sekolah? kau fikir aku tak boleh report kat cikgu? 
saya : kau nak bagitau siapa2 ke? 
form1 : *geleng2* 
saya : bagus! kalau kawan kau tanya cakap ayam kau jatuh.

hahaha .
gembira sangat bila betul form1 tu cuak giler setiap kali jumpa kitorang .
dan heaven sangat bila tak ada sesiapa pun yg tahu .
dan apa yang membuat saya salute kat dia adalah apabila dia tahu semua sal orang .
 apa kesalahan yang orang buat , semua dia tahu .
amazed kejap .

 peristiwa second ;
peristiwa paling tak boleh blah , baru2 ni . .
selepas habis kelas malam pukul 10 . . malam tu cikgu matsom ajar kelas maawa . 
aku dengan dia pulak kelas addmath dengan cikgu roha .
sebelum balik tu cikgu entah siapa namanya, tinggalkan kereta dia dengan enjin yang dipanaskan dan masuk ke surau untuk solat isyak .
aku pulak , erm ape lagi .. peluang depan mata , jangan pernah dilepaskan . yes!

saya : weyh kau nampak tak apa yang aku nampak?
dia : ape? kereta cikgu tu ke??
saya : *angguk2*
dia : ape lagi ,, pergi masuk . aku cover kau .
saya : alamak . cuak lah pulak . kalau orang nampak macam mane? 
dia : alah kau ni . nak buat kerja gila tapi gelabah . gelap kan , tak ada orang nampak punya!
saya : haah kan, betul gak . 
tanpa apa2 kebenaran warden , kami menyeludup masuk ke dlm kereta ckgu tu .
gelap gila dalam kereta tu , nasib baik enjin hidup , takde ar panas sangat .
oke . part ni , cikgu dah datang . cikgu masuk , melabuhkan punggung , mengundur kereta , kona kanan , kona kiri , semuanya macam biasa . yelah buat apa dia nak rasa pelik2 sebab dah itu memang kereta dia . memang patut pun cikgu tu buat dek je .
aku dah melonjak kegembiraan bila cikgu langsung tak sedar kami ada dalam kereta tu . straight je tanpa berselindung . dan dengan relaks gila tersengguk-sengguk kat seat belakang .al maklumlah baru je habis kelas addmath tadi.  hahaha . bila fikir balik , memang dahsyat kerja gila kitorang . 

panjang lah pulak lau nak distorykan sebijik sebijik kat sini .
nak tau ending kitorang macam mana? 

lepas dah penat tersengguk2 , tanpa sengaja tiba2 aku terbersuara .
"Dah kat mana ni?" aduhh!! slack gila ahh aku malam tu . entah mamai ke mengigau kot tu yg tiba2 je nak pulak terkeluar suara dalam kereta tu . 
cikgu tu apetah lagi , beristighfar panjang2 je dia lepas tu . ayat dia : "eh apa yang kamu buat dalam kereta saya ni??" muka peluh-peluh cikgu tu takkan pernah aku lupa . hahahaha . siapa je lah yang tak rasa nak terkeluar jantung kalau tiba2 ada orang bersuara kat seat belakang . kalau aku sendiri pun cuak . yang sedihnya lepas tu kitorang kena balik hostel malam tu jugak . baru je cadang nak tumpang semalam kat rumah cikgu tu . huhuhu . .
sampai je asrama , terus campak beg , landing atas katil sampaikan orang sebelah aku tanya "kau kat mana tadi miun?" pun aku tak mampu nak jawab sebab penat sangat .

dua peristiwa ni adalah yang paling terpahat kukuh dalam fikiran aku .
nak lupakan punyalah payah . 
dia dan aku takkan pernah terpisah . walau apapun takdir yang telah ditentukan .
peristiwa yang paling the latest , peristiwa yg kereta cikgu tu .
sebelum2 tu banyak lagi tapi rasanya better kalau aku rahsiakan je . heee
nasib baik lah cikgu tu jenis penyenyap je , takde nak gosip2 sangat .
hehe terima kasih cikgu ! 
rasa kesian kat cikgu tu memang lah ada , tapi dah perangai kitorang gila2 macam ni sejak azali , susah wohh nak ubah . 
kesian kat cikgu .
kesian kat diri kitorang masing-masing .
dan yang paling aku kesian adalah  . . . . . . .
orang yang baca post ni lalu percaya akan kegempakan dua peristiwa ini .

HO HO HO !
niat di hati bukan untuk menipu atau memanipulasikan segala2nya .
Maaf .
dua peristiwa ni ,
setting semua betul wujud , kereta cikgu tu , kelas addmath tu , ayam goreng tu . .
tapi percaya lah , semua ke'hyperactive'an aku dengan kawan aku tu tidaklah se'hyper' mana sampai kitorang sanggup untuk melanggar peraturan dan menyusahkan orang lain .
dalam dua peristiwa ni ,
ada dua perkara je yang aku seleweng sikit .
iaitu 1. identiti kawan aku tu dan 2. hyperaktif yang aku cakap tadi .
kawan aku tu sebenarnya tak wujud pun .
dia hanya wujud dalam fikiran aku .
rapatnya aku dan dia takkan dapat dipisahkan .
aku selalu berangan dapat idea merapu melalui dia  .
dia , iaitu angan-angan .

apa yang aku cuba benar2 sampaikan adalah ..

idea jahat tu memang akan selalu sampai kat otak dan fikiran kita .
tapi akal lah yang sepatutnya akan kawal dan renungkan semula ,
betul atau salah perkara tu .
dan yang akan menentukan perlu tak kita untuk lakukan benda tu .
kalau akal + iman kata " TAK! TAK PERLU!"
then tak yah buat .
nak berangan tu boleh tapi jangan sampai melampaui batas dan melanggar syarak en .
terfikir , mereka yang melanggar peraturan sekolah , dunia dan peraturan Allah tu tak ada akal ke? tak guna otak ke?
tak , mereka ada otak . mereka guna akal jugak . 
tapi , mereka ini selalunye didorong oleh macam2 hawa nafsu .
nafsu hiburan , nafsu dunia , dan nafsu lain2 .
 so that's why , Rasulullah sendiri ada bersabda .
perang terbesar adalah perang memerangi hawa nafsu .


#BanyakCaraUntukHindariHawaNafsu.TerpulangPadaDiriSendiriUntukAmbilTahuAtauTidak.~moga Al quds akn terbebas suatu hari nanti...~

1 comment:

  1. woi! un, keje gila bila kau buat nih?? gilak ar... haha cg sape oh ??

    ReplyDelete