January 25, 2015

Salam 'Alayk, dari bumi China..

Assalamualaikum w.b.t buat seluruh dunia dan seisinya.

Pertama-tamanya,,
Jom kita memanjatkan kesyukuran tk thingga kpd ALLAH S.W.T,
Kerana masih boleh bernafas hari, malam ni .
Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ,
(Sollahualaihiwasalam)
Atas perjuangan Baginda dan para sahabat, 
Kita semua masih boleh rasa dua nikmat terbesar, iaitu..
Nikmat IMAN dan nikmat ISLAM :)

Dah lama tak update blog ni . Meh saye taaruf siket .
6 September 2014 yang lalu , menaiki MH360 , saya dan 46 rakan under Kementerian Pendidikan Malaysia saya yang lain telah selamat landing di bumi Beijing, China , ALHAMDULILLAH . Pelbagai perasaan , bercampur baur . Sedih , cuak , gembira , dan lain2 . Bagi saya sendiri yg takpernah keluar drpd negeri Selangor ini smata untuk melanjutkan plajaran , hahaa memang meleleh meraung jugak kat airport tu .



Berbekalkan RAHMAT , KASIH SAYANG dan KEKUATAN yang dipinjamkan ALLAH kepada kami , maka selamatlah kami sampai agak2 pukul 1 pagi di sana . Dengan mata yang bengkak penat menangis , mamai mengigau baru bangun tido , serabut blur kami melangkah mengheret beg2 kami mengikut langkah penumpang2 lain .


Mengambil kesempatan ini , saya ingin berterima kasih kepada SENIOR2 yang bertungkus lumus menahan ngantuk berletihan menunggu dan menjemput kami di balai ketibaan di sana . Walaupun kini saye takingat langsung siapakah anda , tapi ada satu soalan saya ingin mengutarakan kepada akak2 dan senior2 sekalian . 

"Mana gambar pertama kami yang akak2 senior2 ambil tu? hehe "

Ya , kami diminta berkumpul untuk mengambil gambar kenangan katanya first landing di Beijing . Kami memenuhi sahaja permintaan mereka kerana dikhuatiri akan ada yang pengsan dan dikejarkan ke hospital kerana tidak kesampaian bergambar dengan kami hahahaha . Yeahh dan kemudiannya kami berkejar-kejaran , ehh haa bukan berkejaran sesama sendiri tapi dengan rezekiNya kami dipermudahkan dan dikejarkan ke universiti dan asrama . Err asrama boleh la asrama .. 

Kenapa kami dikejarkan ? Hehe sebab time tu kami belum lagi menunaikan solat maghrib dan isyak yang masa masuknya waktu tu tadi , kami masih dalam kapai terbang . Jadinya begitulah bagaimana dan mengapa kami 'dikejarkan' hahaha . Jangan cuak jangan . K tak cuak pun .

Sedikit sebanyak PANDANGAN PERTAMA
dan KEHIDUPAN EMPAT BULAN PERTAMA di sana .
sebelum saye menjurus kepada cerita yang lain .

di BFSU .
di Beijing .


di PERPUSTAKAAN kami .
daripada pelbagai bahasa menjadi perhiasan dinding perpustakaan kami . Nampak tak tertulisnya 'perpustakaan' daripada Bahasa Melayu kebanggaan kita dalam gambar? Ok , kalau tak nampak tu maknanya dah tak lama la tu hahaha k untuk kidding ja~


di TAMAN REKREASI .
Err..rekreasi..boleh laa~


MAKANAN RUTIN hahaha


di KELAS kami . A4 yeyeyehhh !!


bersama FOREIGNER dan LAOSHI
#Jepun -FengTian Mei Ji- (kawan baik kami)
 #German -An Jie Ni-
 #Bangladesh -Ma De Ming- (kawan baik ma hahaha)
 #Nepal -Kang Hai Ming- (kawan baik bella mella haha)
 #Pakistan -Pan Yi Bo-
 #France -Du Yun Song-
 #Costa Rica -Geng Tian Le- (kawan baik banzhang)
 #Wenezuela -Ge Shao Long-
 #China -Li Dan Wei Laoshi-


depan kelas nak EXAM KOUYU . [fatin mana fatin?]


Ini dia my dear classmate cikebum bumbum cak .
Meh taaruf siket . [lagi sekali, fatin mana fatin?]

Amar . Perak . Ketua kelas . Datang Beijing , mungkin faktor cuaca dan persekitaran di Beijing , rambutnya makin hari makin mengembang dan alhamdulillah setibanya semula di Malaysia dengan keajaiban Allah pastinya , rambutnya kembali menguncup dan mengecut . #SIMAYI

Zaidi . Selangor . Runner kelas . Dilantik runner kelas sebab tiap kali hantar buku latihan kepada laoshi(cikgu) , dia akan berlari2 mendapatkan laoshi agar dengan selamat laoshi menerima buku2 kami . Hmm sebenarnya nk ckp sebab kami selalu pass kat dia ja buku2 kami . sebab dia duduk depan laoshi ja . #DUANZEYU

Ridzwan . Johor . Super Junior . Pfft bukan super junior korea tuu tapi dia adalah yang paling muda antara yang muda . Selain daripada belajar bahasa mandarin dia juga belajar bahasa Jepun dengan seorang foreigner kami dan pandai berbahasa Jepun tapi dengan yakinnya esok harinya dia akan lupa , lupa dan terus lupa . #LIZIWEN

Denhse . Perak . Bendahari kelas . Sebab time festival food kami semua dok pakat bayaq kat dia duit modal tu . Specialnya dia bila topik pembelajaran pada suatu hari itu adalah mengenai FAMILY dan ahli keluarga sebab dia anak ke 8 daripada 10 yang bagi orang China sangat ramai sebab depa dok sorang ja anak . Tu yg nampak waww! #DENGSISI

Manal . Perak . Runner kelas kedua . Tiap kali dia lapar , dan bilamana dia rajin , dia akan berlari ke bangunan sebelah untuk membeli makanan rutin kami(gambar di atas) walaupun time tu waktu rehat hanya ada 20 minit ja . Dan of course kami lain akan cakap .. "Manal! Belikan satu! Thanks manal omey" #MULAN

Bella . Perak . Penyeri kelas . Berbekalkan gelak tawanya yang kami anggap unik telah pun menjadikan dia sebagai penyeri kelas yang bertauliah . Uniknya budak ni satu lagi , kelak setiap kali tangannya diurut maka akan keluarlah gas karbon dioksida . So mungkin that's why dia bukan macam aku yang gedempol ni . #SHANGYUERAN

Hikma . Johor . Penasihat kelas . Each time kami macam sedikit berkelahi among ourselves , dia akan mengeluarkan hujah2nya yang maybe menjadi satu hikmah juga kenapa dia dinamakan Hikma . Kenapa dok tiba2 terkeluar bahasa inggelis ni . Maybe sebab dia sangat teror berbahasa inggelis smpaikan bila nak cerita sal dia pun sibuk terkeluaq bhs inggelis . #SUNHEMAN

Fatin . Selangor . Meimei kami . Bukanlah kerana dia paling muda kami memanggilnya meimei(adik perempuan) tapi sebab dia student Malaysia kedua paling comel dalam BFSU selepas aku . Pfft k gurau ja , sebab dia student Malaysia paling comel dalam BFSU . Orang paling dekat dengan aku sebab kat Malaysia aku duduk Sungai Besar dan dia duduk Tanjung Karang yang dimana inshaAllah sejam sampai . #MENGFANGTING

Husna . Selangor . Aku . K dah titik . #YUHONGNA

Kelak akan ada lagi post menyusul selepas ini . Insha Allah . Doakan kami . Kerana jikalau kita ingin berjaya , kita harus mendoakan sekali orang lain dalam doa kita . Mungkin ada sesetengah orang yang ada dalam doa kita tapi kita tiada dalam doa mereka , jangan sedih jangan hampa jangan futur(putus asa) kerana meskipun dalam doa mereka tiada kita tapi insha Allah dalam doa malaikat ada kita .

ALHAMDULILLAH . SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH .
ASSALAMUALAIKUM DUNIA ;)

2 comments:

  1. wow...congrates miunn..by the way amek kos apa kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. trime kasehh akak ;)
      ambek kos pndidikan, bhs mandarin hehe

      Delete