March 7, 2020

Anugerah Special


Daripada budak 17 tahun yang langsung tak ada common sense,
Aku yang 24 tahun dah boleh beza apa yang dikatakan dengan common sense.
walaupun progress tu ambil masa 7 tahun lamanya.
Cuba tanya batch 22 SLISS kalau tak percaya.

Daripada budak 18 tahun yang hanya tahu nak marah dan menjerit penghuni aspuri turun prep,
7 tahun kemudian, aku menjadi seorang yang tenang setenang-tenangnya.
tenang sangat sampai aku ingatkan aku langsung tak ada perasaan dah.
Cuba tanya batch 3 PDPP IPGKTAA kalau tak percaya.

Aku nak berterima kasih pada semua orang yang ada dengan aku 7-8 tahun ni sebab berjaya ‘membesarkan’ aku.
Sejuta terima kasih kepada family & kawan-kawan yang memahami dan menerima emosi dan kedegilan yang aku ikat bersama sepanjang proses ‘pembesaran’ ni.
Sungguh besar peranan dan berat pengorbanan kamu semua. Jazakumullah khair kathiran.

Special thanks to 10 orang terawal yang berada dekat denganku sepanjang 2 tahun awal aku kat Beijing.
Kenangan “Percutian Mewah” yang korang bawak aku berlayar bersama-sama 2-3 tahun tu tak pernah aku lupa dan tak pernah aku tak rindukan.


Walaupun sebenarnya aku seakan tak layak untuk merindu pun. Selepas satu keputusan besar tu.
Keputusan besar yang aku buat tanpa aku maklumkan terlebih dahulu dan tanpa persetujuan korang.
Hmmm nak bagi ayat geli sikit boleh ke..

Korang super special dalam hati ni. imysm.

Dan another anugerah paling besar Allah beri dalam hidup aku.
Anugerah yang dah mengubah aku 280 darjah.
Sejuta syukur pun aku takkan pernah dapat habis menghargai anugerah ni. Segala puji bagiNya.

Anugerah yang satu:
Tarbiyah.




February 8, 2019

Makkkk passportku rosak : PART 2

Jap jap, aku lupa apa yang jadi sebelum ni? KLIK SINI ;)


21 SEPTEMBER 2018
- dalam pukul 4 lebih, kitorang sampai kat Entry Exit Bureau ni, terpana jap. Ramai gilaaaa orangggg. Okay takpe, bertenang. Cari kaunter pertanyaan. K kena kick, sebab ni kaunter untuk orang tempatan sahaja. Kaunter untuk Foreigners kat sebelah kanan sana. K takpe takpe. Gerak gerak..

-Dah sampai kaunter sebelah, ambik nombor giliran sekian dan sekian.

- Untuk buat visa (sendiri, tanpa melalui Student Association kat sini) kena ada benda2 ni:
1. BORANG. (make sure ada dicop cop sekolah & tandatangan Laoshi Liuban yang incharge)
2. GAMBAR BACKGROUND PUTIH x1 (untuk tampal kat borang kat atas)
3. ACCOMODATION REGISTER (住宿登记) [make sure 住宿登记 korang dengan no. passport yang nak tampal visa tu sama!]
4. GAMBAR (kat sana nanti kena ambik gambar dekat satu bilik kecik tu dan dapatkan satu barcode ni untuk dia scan bla bla bla nanti)
5. RESIT PEMBAYARAN passport sementara (ni.. hmm entah aku tak sure kenapa dia mintak. Tapi alhamdulillah dan nasib baik aku bawak, kang tak pasal-pasal ade orang bertakbir raya kat situ >.<)

- Fuhhhh So bila settle dah semua dokumen anda, maka sila bertenang dan cari tempat duduk. Time ni bermula la kisah kami…

- Orang ramai gilaaaaaaaaa so tahu-tahu jelah, ingat tempat duduk akan ada kosong? Memang tidaklah mbak nye.. so, carilah mana-mana tempat yang tak ada orang dan tiang untuk bersandar dan kesudahannya.. bersilalah kami di atas lantai itu ala-ala perempuan melayu terakhir. Cehh, acah je. Sejuk woohh lantai tu tapi hm sebab letihh, maka kami terima takdir ini. Eh boleh buat tajuk novel haha LOL

- Tengok nombor sekarang. Tengok nombor kat tangan. Ya Allah.. istighfar jap. Ade la dalam lebih kurang 200 orang tengah beratur. Bukak fon jap, takde yang menarik. Tiba-tiba angin sejuk bertiup, sejuknya lantai halah halah. Makin panjang istighfar aku. Time ni… first time aku muhasabah diri yang memang betul-betul takkan aku lupakan sepanjang hidup aku (inshaAllah, kalau takde scene terhentak batu terhilang ingatan dll k)





“For the first time, aku rasa aku terlupa untuk minta pertolongan daripada Dia. Mintak dipermudahkan olehNya. For the first time, aku rasa aku boleh berdiri sendiri tanpa minta daripada DIa. Seminggu aku duk ulang alik Beiwai-Embassy Embassy-beiwai ni aku rasa yang asalkan aku berusaha, relax dan terus je settlekan urusan-urusan ni tanpa keluhan, aku OK. Aku takkan rasa apa-apa. Yelah, aku dah usaha kot. Tapi aku terlupa, aku lupa tawakkal kat Allah. Aku berlagak macam aku boleh buat tanpa Allah mudahkan urusan aku pun.

Perasaan time tu macam main dalam maze. Kalau kau betul-betul berusaha, kau akan dapat apa yang kau mahukan. Tapi kau boleh duduk dalam maze tu berhari-hari, berminggu-minggu bahkan mungkin bertahun-tahun. Sebab Allah tak mudahkan urusan kau dalam mencari jalan keluar.

Kalau Allah mudahkan urusan kau? Pening-pening lalat pun, inshaAllah dalam sejam boleh keluar. Perasaan aku time tu..

Aku… terlupa.. aku, is hamba Dia.
Aku kena minta Dia mudahkan urusan aku. Sebab aku taktahu pun betapa berat dan pedihnya masa hadapan yang aku akan lalui.”
:’)

- Tak lama lepas aku termuhasabah diri dengan izinNya tu, datang seorang lelaki, berdiri sebelah aku. Dari mana entah aku tak perasan. Tiba-tiba dia bertanya aku orang Malaysia ke, orang Malaysia orang belah mana. Aku ni, time tu takde lah ade mood nak bersembang sangat pun. Tambah-tambah pulak time tu aku macam ada perasaan yang dia ni macam ‘pelik’ ja. So aku taklah layan sangat dia.

TIBA-TIBA! Dia hulur kat aku nombor giliran dia! Aku expect nombor dia lagi lambat daripada nombor aku, so tanpa tengok pun nombor dia, perasaan aku time tu: eh kenapa dia nak tukar nombor dengan aku. Biadap betul. Ingat aku ni lurus sangat ke, senang-senang je nak tukar dengan aku. Tau nak laju je. Tunggu je la.

Dia hulur lagi nombor dia. Hulur yang memang nak bagi ja, takda nak tukar-tukar.
TIBA-TIBA (again) ! Jap, aku tengok nombor aku. 0643. Aku tengok nombor dia. 0513. Hmm wait wait. Apaaa?! 0513?!!! Nombor dia lagi kecik daripada nombor aku!

Pastu dia buat gaya yang aku interpret macam ni la, ‘saya taknak nombor ni, awak ambillah’. Aku yang macam, memang tak pikir ape dah. Muka aku memang tak sorok-sorok dah aku happy. Happy gilaa! Aku macam was-was ja lagi sebenarnya, tapi tangan still jugak capai nombor giliran dia. Pastu dia pun pergi.. memula aku tengok juga lah dia ni nak gi mana, kenapa dia taknak dah nombor ni. Terpana. Terpana. Aku macam bermimpi.

“Malaikat yang membawa rezekiNya kepada hamba-hambaNya datang ke tadi?”
*muka terharu*

我确实是非常非常非常感动
他偏偏可以把他的号码转给其他人,但是他为什么选择了我们?
Nah.. itulah rahsia dan keajaiban Dia.
Terima kasih Allah  :’)



- Tak lama lepas tu, tiba-tiba datang seorang lelaki lagi. Pak guard. Tapi dia tak datang sorang, dia datang dengan dua buah kerusi. Dia bagi kat kitorang. Aku tak tahulah, mungkin sebab muka kitorang yang kesian sangat ataupun macam mana, tapi memang sweet dan terbaiklah pakcik tu, bagi dua orang budak perempuan yang lemah penat tak berdaya dan memang pasrah dah semua benda ni duduk atas kerusi ni. Huhu. Dan... 

"Aku percaya, 
Allah yang gerakkan hati pakcik tu untuk bagi kitorang kerusi ni. 
Alhamdulillah. 谢谢叔叔,谢谢安拉"


(kiri: pakcik guard sebelum datang dengan kerusi, kanan: lelaki selepas bagi angka gilirannya)


- dalam 10-15minit gitu, tengok-tengok nombor giliran kitorang sampai~ MasyaAllah ye, pantas. 4.55pm, settle semua. Pastu dapatlah sekeping kertas kuning ni. Dan, kertas kuning ni boleh digunakan untuk pergi ke seluruh China. So, alhamdulillah boleh pegi language practice. Yeay! SICHUAN, I'M COMINGGG!

- okay, snap gambar. Bagi kat Laoshi. Solat jap. Perjalanan lepas ni masih panjang 😊



⏩ 9 OKTOBER 2018
-          Laoshi wechat aku. “虹娜,你的这个黄单子是1011日过期的。不能用这个去语言实践。你要去问那边的进入管理员,有没有别的办法。”
Aaaa sudahh. Tak selesai lagi kisah ni. Laoshi cakap, kertas kuning aku ni expired 11hb, padahal 15hb tu aku nak gerak dah gi Sichuan. So, takleh guna kertas kuning ni.

Rasa down jap.
Tergendala semua urusan aku time tu.

Laoshi cakap lagi, 11hb time nak ambik passport n visa sementara aku nanti tu cer tanya pegawai sana, ada tak cara lain. Dan kena jugak cari cara penyelesaian.
Laoshi pulak suruh aku pegi awall-awal pagi. Memula plan taknak la ponteng kelas, petang baru nak pegi ambik, emm dah begitu pulak ceritanya, memang aku takdatang kelas la. Laoshi provoke aku kot hahaha (PERINGATAN! Bukan sengaja ponteng ya *muka sinis*)


11 OKTOBER 2018
Dua hari tidur aku tak lena, duduk taksenang, menyenaraikan apa ja kemungkinan yang boleh terjadi. Ade la dalam 3-4 kemungkinan aku pikir time tu. Kemungkinan yang mudah, takde problem apa-apa. Kemungkinan yang paling susah, aku takkan pegi language practice. Fuhhh. Memang kena prepare mental secukupnya.

Sampai dah Entry Exit Bureau.
Terus pegi kaunter pembayaran. Hulur cash 400yuan. Ambik resit, pegi kaunter 领取护照 kutip passport. (Oh btw, sini pun boleh bayar guna wechat or 支付宝 jugak *kenyit mata*)

Dalam hati, dub dab dub dab memanjang. Dalam otak dok bina ayat nak tanya cemana kat pegawai ni. Boleh ke nak pegi language practice dengan passport sementara ni, or aku kena dapatkan another kertas kuning atau apa.

*Tarik nafas* Bismillah.
您好,问一下……….. ” Segala benda aku ulang dari A sampai Z untuk dapatkan confirmation dorang.

Guess what? Dorang cakap aku boleh guna passport sementara ni untuk pegi Sichuan. Takdak masalah pun.

Tapi aku time tu tak yakin lagi. Aku macam, hmm boleh caya ke ni. Sebab pegawai kat Embassy cakap kat aku yang pegawai sini mungkin boleh ja cakap takdak problem bagai bagai, tapi pegawai kat airport tu nanti takboleh confirm lagi akan benarkan atau tak.
Sampailah… 

[TO BE CONTINUED]
dalam "Makkkk passportku rosak : LAST PART"

October 4, 2018

Makkkk Passportku Rosak


Assalamualaikum wbt. So, since ramai dah (kot) yang tahu pasal kejadian sedih aku baru-baru ni, yezza passport aku rosak. hahaha so niat di hati nak share sikit lah serba serbi cerita aku ni hahaha inshaAllah :))))

RANGKA MASA KEJADIAN :
*     8 atau 9 September 2018 – Anggaran tarikh kejadian.
Passportku diselit di dalam poket belah dalam sweaterku yang memang dari awal dah diniatkan untuk basuh. Lalu, passportku selamat dibasuh oleh encik washing machine. (Oh yes, emang kamu tak salah lagi, 9 September tu ulangtahun birthdayku haha *senyum*)


*     10 September 2018 ISNIN (Hari first kelas sem baru)
– Housemate decide bagitau aku harini tentang keadaan passport aku. Dorang dah tahu awal tapi sengaja baru bagitau aku harini sebab semalam hari yg patutnya bahagia untuk seorang Husna Yusof dan takkan lah nak rosakkan hari bahagia aku kan haha. 

– Oh dan sebab ade sorang member aku datang jalan-jalan Beijing, semalam baru balik. So aku memang berterima kasih gila2 kat housemates aku sebab bagitau aku harini. Kalau dorang bagitau semalam mahunya ada orang taknak dah teman member dia sebab taknak keluar rumah dah semalam tu hahaha.




*     12 September 2018 RABU
– Sampai di Embassy. Cerita semula kisah passport aku ni kat pegawai embassy, dari awal sampai akhir dan segala concern kitorang, termasuklah yg paling merisaukan abad ini; Language Practice pada 15 Oktober ni yang memang memerlukan keberadaan passport aku. Pendek cerita, aku rushing teruk. 

– Passport aku memang total lost dan takboleh nak guna lagi dah. Walaupun kalau tengok daripada mata kasar nampak okay ja lagi cuma kedut sikit-sikit ja. Okay takpelah,

“Saya nak buat permohonan passport yang baru melalui pihak Embassy ja”,

– Patah balik BFSU. Prepare duit tunai dan semua dokumen-dokumen yang diperlukan. Decide esok datang lagi settle kan permohonan.


*     13 September 2018 KHAMIS
– Tak jadi nak buat permohonan passport yang baru melalui Embassy sebab paling awal boleh dapat pun dalam 3 BULAN, dan paling lambat dapat lepas 6 BULAN. Dan aku tak ingat jugak sebab apa yang buat kitorang cancel permohonan nak buat passport baru kat sini.

– Aku mohon passport sementara. Memang just boleh guna untuk balik Malaysia SAHAJA. 160. Tapi tak boleh nak settle harini sebab pegawai yang patutnya nak sign tu takda. Dan memang time tu dah petang la pun. Next week baru boleh dapat.

– So decide untuk balik Malaysia secepat mungkin. Secepat mana? Secepat yg boleh sebab nak kejar tarikh Language Practice.


*     17 September 2018 ISNIN
– Datang lagi Embassy, ambik passport sementara. Kena buat permohonan visa pulak lepas ni. But not today sebab dah lewat petang.





*     18 September 2018 SELASA
– Beli tiket return balik Malaysia next week. Mahal tiga kali ganda; 4485. Tapi nak buat cemana memang pejam mata dan bayar je lah.

*     20 September 2018 KHAMIS
– Guru kelas aku suruh lepas je dah dapat passport sementara tu kena terus pegi ke International Student Office (LiuBan) kat East Campus, mintak Liang Laoshi tolong aku untuk uruskan.

– Kena patah balik West Campus, dapatkan Accomodation Register (住宿登记) daripada Bailou office. Esok kena datang semula, since dorang dah nak habis kerja utk haritu (下班).


*     21 September 2018 JUMAAT
– Habis je kelas pukul 10, aku terus pergi semula ke LiuBan, tapi sebab semalam aku tak berapa nak fokus semalam dan aku tak ingat apa yang dia pesan Panjang menjela-jela so Accomodation Register yang kat tangan aku sekarang ni TAK VALIDDD so aku kena patah balik ke Bailou untuk dapatkan Accomodation Register yang baru, yang ada tulis nombor passport sementara aku. Okay takpe memang salah aku pun, sape suruh khayal semalam time dia explain tu hahaha dan 

– Aku siap berlari kotttt since BFSU sekarang dah tak benarkan basikal elektrik kesayangan aku masuk campus dan aku rushing nak kejar ape entah taktau. Fuhh akhirnya sampai dah LiuBan. 

– Dokumen semua settle, nice! Tapi tetiba Laoshi tu kata, aku tak boleh balik Malaysia next week sebab nak mohon visa tu bukan sekejap, akan ambik masa sampai 12/10. OK yang itu aku memang tak terfikir langsung. Rasa time tu memang rasa blame diri sendiri je lah mampu sebab asal la tak terfikir. Terkedu jap. Marah pun ada. Asal laa laoshi tu tak cakap kat aku awal-awal semalam. Banyak gak benda aku pikir, tiket akan burn.. language practice sempat ke tak nak join.. aku penat aku serabut…. Dan just like that….

– Air mata sulung sem baru aku tumpah. Depan housemate aku dan Laoshi tu. Okay housemate aku tolong call pegawai Embassy, reconfirm semua benda. Aku? Kat sebelah tengah meleleh leleh haa air mata hahaha

– Kitorang decide nak terus je pegi ke Entry Exit Bureau of China untuk settlekan sendiri permohonan visa tu. Takyah melalui uni, tak melalui LiuBan. Tapi memang bare in mind je lah, bila kata nak uruskan sendiri tu means kau kena hadap sendiri orang China dan segala proses yang panjang dan agak serabut. 



– Dipendekkan cerita, lepastu kitorang terus ambik grab ke Entry Exit Bureau.

(kat sana banyak kejadian menarik yang berlaku dan aku memang niat nak cerita panjang lebih sikit untuk harini. SO jeng jeng jeng, TO BE CONTINUED…)