February 25, 2015

Laoshi Dan Tudung

Bismillahirrahmanirrahim .
Dengan izin Allah , saya mulakan 'Laoshi dan Tudung' ini.
Dan dengan nama Allah , maafkan saya sekiranya ada yang terkurang dan tersalah .

Insha Allah , saya mulakan dengan sedikit pencerahan mengenai tajuk "Laoshi Dan Tudung" hari ini .
'Laoshi' (老师)dalam Bahasa Mandarin memberi maksud 'guru' , 'cikgu' , 'teacher' , 'ustaz' , dan semua yang sama waktu dengannya . 
Untuk tahu dengan lebih lanjut dan mendalam , anda boleh selak dictionary English-Mandarin Edisi kelapan halaman 414 perenggan ke sembilan setengah . Ehh okay acah ja . Tak wujud pun muka suratnya. Jangan carik! Takkan jumpa. Haha


Rakan , Laoshi A5 dan Tudung :)

Ada seorang bijak pandai , telah berkata begini pada 12 Disember 2014 di Beijing Foreign Studies University , Bangunan 6 , Tingkat 4 , Dewan Raudah . Insha Allah , kalau tak salah . Hehe . Dan lebih kurang begini ucapan beliau pada malam yang hening itu .

" Orang perempuan ni special . Tudung yang diaorang pakai tiap-tiap hari orang dah boleh nampak yang diaorang ni Muslim . Senang sikit nak dakwah . Orang laki ni lain , mana ada yang pakai tudung untuk berdakwah "

Setengah saya mengiyakan dan setengah saya menidakkan statement ni .

Pernah tak suatu hari orang perempuan yang rasa tudung dia hari tu tak betul? 
Pernah tak suatu hari ni orang perempuan rasa tudung dia sangat selekeh ?
Sampai mengeluh mengaduh dalam toilet membetulkan tudung yang takpernah nak paham perasaan dia yang dah hampir 12 jam berdiri depan cermin semata nak betulkan awning tudung dia ?
Mesti pernah . Mesti ada . Tipu tak ada . 
Err... okay , hiperbola sangat nampaknya 12 jam . Haha 

Dan kaitannya statement tu dengan hiperbola 12 jam ni ialah ... Jom kita terjahh ! Muahaha!!

Nak dijadikan cerita . Pada suatu pagi yang agak serabut dengan keadaan awning tudung hari tu yang agak bersemangat menari-nari di atas kepala dan selonglai benang.  Maka, pada waktu rehat yang hanya 10 minit itu aku melangkah laju menuju ke tandas. Alhamdulillah tandas hanya selang satu kelas daripada kelas aku.

Sedang aku khusyuk dan tawadhuk membetulkan awning tudung di sini , di sana dan kembali di sini , tiba-tiba Laoshi turut sama berada di hadapan cermin itu . Seingat aku, Laoshi bersembang sedikit dengan aku selepas dia melihat ke-struggle-an aku bersama tudung berwarna biru muda cair itu . Katanya begini ..

Laoshi : 头巾很麻烦吧?
Aku :有点儿。。有时候。。
TRANSLATION=
 Laoshi : Tudung sangat bermasalah kan ?
Aku : Sikit.. Kadang-kadang ..

Pastu, Laoshi pun masuk semula ke kelas sementara aku masih tercongok depan cermin sambil berfikir. Dialognya.. tak perlu panjang-panjang.. tak ada berbelit-belit pun.. Tapi cukup membuatkan aku berfikir banyak dan panjang hari tu , hari esoknya dan hari seterusnya .

Aku terbayang , apakah begini pandangan non-muslim terhadap Muslim yang memakai tudung ni? Pandangan yang ,, diaorang rasa,, pakai tudung ni merimaskan? Pakai tudung ni banyak masalah? Kalau pakai tudung kena ulang-alik ke toilet kah? Pakai tudung ni menyerabutkan fikiran?

Sampai satu tahap aku rasa sangat-sangat bersalah pada diri sendiri, pada orang sekeliling aku, pada mereka non-Muslim, dan paling sekali pada agama. Sebab sapa yang kenai aku sapa ja boleh habaq aku lagu mana orangnya , Hmm..

Bukan maksud saya nak menyalahkan diri sendiri dan sesiapa pun dalam crita ni , tapi hanya sekadar terdetiklah niat dalam hati ni untuk berkongsi rasa , kepada semua muslimat , kepada semua hijabis , kepada mereka yang membawa nama Islam . supaya dapat kita bersama-sama membuktikan yang Islam ni mudah dan tidak se-complicated yang non-non-Muslim pernah beranggapan . Bermula dengan sekecil-kecil sehelai kain bernama 'tudung' sehingga sebesar-besar ketaqwaan yang sama iaitu ketaqwaan kepada Allah. Dan insha Allah, semoga semua urusan kita dipermudahkan.

Insha Allah , sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum ;)
Meh.. Belanja siket fot0-f0to yang comel ni :)

Kakak-kakak dan senior, laoshi dan tudung.
Kawan kami dari A3 yang dabom dan tudung .
Laoshi A3 kami yang kiut dan tudung .




No comments:

Post a Comment