July 11, 2015

RAMADAN DI BFSU CHINA ✈


Kat asrama, Dulu.. 
Selalu ja dengar ayat-ayat gini, 
"Ramadan ni dalam setahun, sebulan ja dia datang.." 
"Sebulan ni ja kita bpuasa berterawih.." 
"Dalam bulan ni lah, adanya malam yang lebih baik daripada seribu bulan.." 

Tapi. 
Semuanya macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 
Tak lekat langsung. Tak paham. 

Ada lebih teruk lagi, 
Dulu. Kadang-kadang rasa penatnya lah nak puasa full 30 hari.. 
Tapi bagi yang istimewa dikit, mungkin 23 hari lebih kurang. Hehe 
Nak kena serve makanan kat DM.. 
Bangun tiap pagi untuk sahur.. 
Terawih lagi. Tersengguknya yang Tuhan ja yang tahu macam mana. Parah lagi kalau imam tu baca panjang pulak. 
Kalau hari isnin pulak, kena berdiri je takleh duduk dalam perhimpunan. 
Letih gila! 

Cuma bestnya puasa zaman dulu-dulu, 
Ada announcement ucapan raya tiap petang,, 
Lagu-lagu raya berkumandang,, 
Ada makanan lebih boleh tapau masuk bilik prep,, 
Mak ayah datang tiap minggu bawak makanan,, 
Kalau mood cikgu baik, dibawak keluar asrama pergi bazaar Ramadan.. 
Sama-sama niat kuat-kuat puasa esok.. 
Boleh usha imam-imam bacaan sedap, Ehh! 

Itu ja! Cukup itu ja! 
Macam nak cakap, keduniaan itu semua ja yang bagi rasa seronok tu nak hadapi bulan Ramadan tiap-tiap 5 tahun dulu. 

Sekarang ni baru lah tahu, 
Apa maksud pepatah-pepatah ni semua, 
"Ramadan ni dalam setahun, sebulan ja dia datang.."
 "Sebulan ni ja kita berpuasa berterawih.."
 "Dalam bulan ni lah, adanya malam yang lebih baik daripada seribu bulan.." 

Yang dimana maksudnya, 
利用 dan manfaatkanlah waktu sebulan ni dengan semanfaat-manfaatnya.
 Banyak batu bata ibadah boleh susun untuk bina istana kita di syurga nanti kelak, insha Allah. 
Dengan yang si syaitan iblis tu semua diikat lagi belum dikira lagi. 

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" 
Surah Ar-Rahman, 55 

Lepas tu, 
Baru lah terhegeh-hegeh nak terngadah nak hadapi bulan Ramadan. 
Aduhai. 
Padahal telinga ni dah selalu sangat disajikan ceramah-ceramah ustad ustajah dulu. 
Haa ini la bahananya dapat ustad hensem yang bagi ceramah. Aikk k gurau2..
Mak ayah pun kat meja makan cakap benda sama jugak. 

Kat sini? 

Sahur terasa indah, sebab baru lah paham yang dalam sahur tu ada berkatnya.. 
Walaupun sahur seawal jam 2.30 pagi sebab Subuh masuk pukul 3 pagi. 

Pergi kelas tak mengantuk. Baterry full pulak! 
Sebab baru lah paham puasa ni bukan melemahkan kita malah sebenarnya menguatkan..
 Awal-awal puasa dulu mungkin lah niatnya sebab nak kasi tunjuk kat cikgu ngan foreigner yang eventhough puasa tak makan tak minum semua, tapi kita orang masih boleh buat kelas happening dan foreigner lain pening migrain. Hahaha. 

Buka puasa terasa seperti di taman bunga. 
Sebab baru lah paham yang kalau menyediakan makanan untuk orang berpuasa, akan mendapat pahala macam mana orang yang berpuasa. 
Lembik-lembik puasa 17 jam pun still gagah masak untuk bagi geng masak makan berbuka, 
Belum dikira lagi rezeki yang bagaikan turun dari langit mencurah-curah daripada akak-akak jiran-jiran dan kawan-kawan yang memang tahap masak dorang perghh terbaik dari ladang tu haa. 

Terawih pun tersengih aku bahagia.
Sebab baru lah paham salah satu hikmah solat terawih dapat mengeratkan hubungan silaturrahim tu macam mana. 
Salam peluk cium dengan makcik-makcik akak-akak cina Muslim kat masjid dekat-dekat dengan sekolah. Kalau hari tu untung lagi Allah bagi, dapat bonus salam peluk cium dengan makcik-makcik dari Iran, Xinjiang, Uzbekistan dan lain-lain. 

Nak dikisahkan lagi, 
Terawih kat BFSU China nii, buat 23 rakaat termasuk witir tak rasa macam 23 rakaat. 
Terasa di awang-awangan, awan berkepul-kepul sambil ditemani bidadara yang mengipas lembut di tepi. Hamboihh haa..
Nak cerita sebenarnya depa solat laju sikit, sikitt ja daripada kat Malaysia. 
Orang Malaysia ni bagusnya dia lemah gemalai, lemah lembut, mendayu-dayu bacaan depa. Sedap perghh serius! 

Kat sini, 
Orang kata, disebabkan orang Muslim ni boleh dikatakan minoriti jugaklah di China ni haa, so dorang ambik inisiatif untuk tidak mengganggu masyarakat agama lain berehat di malam hari dengan memperlahankan suara dan mempercepatkan bacaan-bacaan mereka. 
Bagi masyarakat Muslimnya pulak, supaya cepat balik, cepat tidur, cepat rehat demi nak bangun sahur pukul 2.30 nanti. Hoho 

Klimaksnya, 
Bila kau pergi masjid di Bandar Beijing untuk menunaikan solat terawih,
Di pengakhiran perjalanan mungkin ada makcik-makcik yang akan bagi salam, menegur kau. 
Dan bertanya, 
"Orang negara mana..?" 
"berpuasa ke tidak..?" 
"Dah makan ke belum..?" 
"Datang Beijing belajar ke melancong.." dan lain-lain. 
Lalu di pengakhiran cerita, dipujinya engkau. 
Katanya fasih berbahasa mandarin, padahal engkau sedar tones entah berterabur ke mana, grammar tunggang-langgang, dan kata-kata yang diungkapkan hanyalah dipetik daripada mana-mana celah baris daripada buku teks yang tersadai dalam bilik tu haa. 





Wallahua'lam. 
Sampai ketemu lagi, 
Husna 20150711 :) 

No comments:

Post a Comment