April 12, 2018

Mata (Hati)


Pernah tak tiba-tiba rasa hidayah tu datang? Tiba-tiba yang memang tiba-tiba. Macam mana ea perasaan time tu?

Kalau waktu tu aku boleh jawab soalan dia, aku nak sangat jawab ‘YES! Aku pernah!’. Aku pernah rasa yang tiba-tiba Cik Hidayah daripada Tuhan tu datang kat aku. Tapi masih juga di akhirnya, aku terlambat jawab soalan dia.

              Tapi waktu tu aku tak terjawab pun, lidah aku terkelu sekejap mungkin? Dan aku, aku tak suka diri sendiri yang kelu dan tak dapat nak jawab apa. Maka, aku pun tulis ini.

              Waktu tu, bukanlah macam tiba-tiba sedebuk gajah muncul dari langit depan mata aku, bukanlah jugak tiba-tiba awan berkepul-kepul membentuk nama ‘Miun’ atau apa-apa punlah. Tapi time tu nak ceritanya, aku dari kedai bawah tanah tengah naik tangga je pun.


gambar: google


Hmm kalau nak diingat-ingat semula, waktu tu aku sorang. Entahlah kenapa boleh jalan sorang-sorang time tu (oh kalau nak tahu, aku bukanlah orang yang akan pegi mana-mana sorang haha kbye). Jap, aku nak cerita yang, kenapa time hanya ada aku dengan bayang-bayang sendiri tu lah, cik dayah datang dan membuatkan aku tak ada kawan nak cakap apa yang aku rasa time tu.

Dan berita buruknya adalah, sampai sekarang aku tahan cerita ni daripada bagitahu kat orang lain, sampailah aku decide nak menaip dan share kat sini. Kenapa? Hmm mungkin sebab aku rasa orang lain taka da respon yang aku bayangkan, atau just mungkin kerana aku sendiri takt ahu respon yang macam mana aku nak. Hmm..

Ok, ulang semula.

Aku jalan naik tangga sorang-sorang, naik tangga slow (kelas baru habis kot ea time tu, tu yang penat lebih sikit, bagi can la sikit..haha), bawak beberapa barang yang baru dibeli tadi. Okay cuba bayangkan ea, tengah-tengah naik tangga ni, tiba-tiba datang satu persoalan kat fikiran aku (oh, bila fikir-fikir balik cerita ni tak adalah tiba-tiba sangat pun. Plot aturan Allah tu kan memang sempurna and smooth je kan)

Hmm. Soalan tu bunyinya macam ni..

‘Apa yang aku tengah buat sekarang ni?’

Soalan ni mungkinlah at first akan buat aku nampak macam ‘kurang sihat’ kat sini. Macam kalau orang biasa dengar soalan ni orang akan cakap, ‘alahai, ni ke soalannya? Yang buat kau macam orang tak betul nak share kat blog sangat ni? Kau kan tengah naik tangga baru balik dari kedai sekian sekian…

Tapi siapa sangka soalan ni dia datang sorang-sorang je? Ingat dia tak ada member ke nak datang sekali? Soalan tadi dia ada soalan susulan jugak tau. Tapi soalan kedua ni mungkin lagi jelas la kot ea..

Hmm..

“Untuk dunia dan umat yang ada di dalamnya, dan demi Tuhan yang mencipta, apa yang kau tengah buat sekarang ni? Ada tak satu perkara dalam bermacam-macam benda yang kau buat hari ni menyumbang kepada kemaslahatan umat?”


gambar: google

April 13, 2017

Demi Tuhan, aku sungguh..

Dulu.

Dulu, aku adalah satu jenis manusia yang memilih untuk melupakan semua kenangan yang menyakitkan. Lupakan serba-serbi satu perkara yang berkaitan dengan kenangan itu, lupakan semuanya. Kerana dulu aku merasakan, melupakan yang sedikit itu susah, lantas aku melupakan semuanya, itu lebih mudah.

Contohnya ketika sekolah rendah dulu, abah menyuruh aku untuk berpindah sekolah yang baru. Oleh kerana sekolah itu lebih dekat dengan rumah dan juga kerana komitmen abah dan mama yang semakin banyak akan memudahkan mereka untuk menghantar dan mengambil aku.



Tetapi dulu aku tak faham. Lantas menyebabkan tiga tahun aku bersekolah di tempat baru itu umpama kosong, tak ada satu kenangan indah pun ketika aku berada di sana. Betapa kerana tak relanya aku berpindah ke sekolah itu, diakhirnya tak banyak kenangan yang aku ingat. Apa yang aku ingat hanyalah perasaan benci berpindah sekolah.

Tetapi mujur, teman-teman akrab aku ketika berada di sekolah itu jenis manusianya bukannya seperti aku. Mereka masih mengingati aku. Malah, mereka jugalah yang mengingatkan aku yang aku masih ada teman, kawan dan sekolah.  

Teruk gilakan aku? Tapi itulah aku.

Siapa kata aku tak sedih? Siapalah yang akan menyangka aku bahagia hidup macam ni?

Sumpah, kalau boleh aku mahukan semua dan setiap inci kenangan itu, tak kisahlah kenangan yang bahagia mahupun yang menyakitkan. Aku dah takkan kisah, sebab hidup tanpa ada secebis kenangan ini bahkan membuatkan aku jadi jauh lebih menderita.  

Dan sayang, sampai sekarang ‘penyakit’ ini masih ada dalam diri aku. Sepertinya dia sudah sebati dengan jiwa ini.

Ketika di sekolah menengah pun…




-- BERSAMBUNG PART 2 --

February 23, 2017

Dear ROOMMATE,