April 13, 2017

Demi Tuhan, aku sungguh..

Dulu.

Dulu, aku adalah satu jenis manusia yang memilih untuk melupakan semua kenangan yang menyakitkan. Lupakan serba-serbi satu perkara yang berkaitan dengan kenangan itu, lupakan semuanya. Kerana dulu aku merasakan, melupakan yang sedikit itu susah, lantas aku melupakan semuanya, itu lebih mudah.

Contohnya ketika sekolah rendah dulu, abah menyuruh aku untuk berpindah sekolah yang baru. Oleh kerana sekolah itu lebih dekat dengan rumah dan juga kerana komitmen abah dan mama yang semakin banyak akan memudahkan mereka untuk menghantar dan mengambil aku.



Tetapi dulu aku tak faham. Lantas menyebabkan tiga tahun aku bersekolah di tempat baru itu umpama kosong, tak ada satu kenangan indah pun ketika aku berada di sana. Betapa kerana tak relanya aku berpindah ke sekolah itu, diakhirnya tak banyak kenangan yang aku ingat. Apa yang aku ingat hanyalah perasaan benci berpindah sekolah.

Tetapi mujur, teman-teman akrab aku ketika berada di sekolah itu jenis manusianya bukannya seperti aku. Mereka masih mengingati aku. Malah, mereka jugalah yang mengingatkan aku yang aku masih ada teman, kawan dan sekolah.  

Teruk gilakan aku? Tapi itulah aku.

Siapa kata aku tak sedih? Siapalah yang akan menyangka aku bahagia hidup macam ni?

Sumpah, kalau boleh aku mahukan semua dan setiap inci kenangan itu, tak kisahlah kenangan yang bahagia mahupun yang menyakitkan. Aku dah takkan kisah, sebab hidup tanpa ada secebis kenangan ini bahkan membuatkan aku jadi jauh lebih menderita.  

Dan sayang, sampai sekarang ‘penyakit’ ini masih ada dalam diri aku. Sepertinya dia sudah sebati dengan jiwa ini.

Ketika di sekolah menengah pun…




-- BERSAMBUNG PART 2 --

No comments:

Post a Comment