Bermula dengan kosong. Aku langsung tak mengenali dia. Namanya siapa, asal dari mana, entah aku tak tahu. Tetapi dengan kasih sayang Allah, kami ditakdirkan untuk bertemu dan bersama-sama mengharungi kehidupan sebagai pelajar asasi di Beijing Foreign Studies University. Jauh dari keluarga dan kenalan rapat.
Dan dengan takdir Allah yang Maha Esa, kami diuji dengan mempunyai pelbagai perbezaan. Dia anak sulung yang lebih mandiri. Aku anak bongsu perempuan yang manja. Namun masing-masing tahu berlapang dada dan bersabar dengan kerenah masing-masing. Aku, ternyata lebih bersyukur kerana dengan perbezaan itulah yang terkadang menjadi asbab untuk aku mula belajar menyayangi dia. Dia bukan sahaja seorang roommate kepadaku, bahkan seorang kakak dan sahabat.
Tetapi siapalah yang akan menyangka salji pada musim panas, pokok berbunga pada musim luruh. Nak diibaratkan, begitu jugalah pada saat kami bergelak ketawa menikmati kehidupan yang kononnya maha indah, ujian itu datang bertimpa-timpa. Bagaimana beratnya bahu memikul, dan bagaimana beratnya bahu dia yang memikul, serius hanya Allah dan dia sahaja yang tahu. Aku dan sahabat yang lain dipaksa untuk meninggalkan dia berseorangan di lapangan terbang pulang ke Kuala Lumpur. Dia pergi.
Waktu terus berlalu. Tanpa aku di sisinya. Terkadang bila ditanya tentang rindu, aku hanya mampu selak diari, angkat pen dan menulis.
Ya Allah, andainya ini yang terbaik, beri kekuatan kepada dia. Permudahkan segala urusannya.
Sampaikan salam-salam rindu ini kepada dia.
Bisikkan pada dia..
Ada Engkau untuk dia..
Ada aku dan kami untuk dia..
Beritahu padanya,
Engkau sayangkan dia.
Dan, yang kami sayangkan dia.
mysm.
20160823
KISAH BERGAMBAR (KISBAR)
BUKU JALANAN BEIJING :)
No comments:
Post a Comment